fbpx

86 pegawai, anggota polis Kelantan lakukan kesalahan tatatertib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Seramai 86 pegawai dan anggota polis di Kelantan dikesan melakukan kesalahan tatatertib sepanjang tahun ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata,

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, ada antara anggota dan pegawai yang sudah dikenakan tindakan manakala selebihnya masih dalam siasatan lanjut.

“Meskipun jumlahnya kecil, kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota didapati terlibat dengan kesalahan tatatertib.

“Sekiranya didapati bersalah, pegawai atau anggota terlibat akan dikenakan tindakan tatatertib termasuk digantung dan dibuang kerja,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki memberitahu, empat buah balai dan dua pondok polis ditenggelami banjir yang melanda negeri ini pada minggu lalu.

Katanya, balai yang terjejas itu melibatkan Kuala Jambu, Simpangan di Tumpat dan Rantau Panjang selain Bakong di Pasir Mas.

Katanya, kesemua laporan berkait dengan kerosakan tersebut akan dihantar ke Bukit Aman untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI