fbpx

[VIDEO] 610 penumpang terkandas lebih enam jam di terminal feri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara penumpang yang terkandas di Terminal Feri Kuala Perlis semalam.

LANGKAWI – Seramai 610 penumpang terkandas selama lebih enam jam di Terminal Feri Kuala Perlis dekat sini semalam selepas feri ke Pulau Langkawi mengalami kerosakan.

Insiden membabitkan penumpang feri pukul 3 petang itu turut tular di media sosial.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Baharin Baharom berkata, feri tersebut tidak dapat berlayar kerana mengalami kerosakan pada kipas enjin.

“Feri yang rosak itu perlu ditunda keluar dari terminal bagi membolehkan feri lain yang tiba dari Langkawi untuk berlabuh di situ.

“Walau bagaimanapun, bot tunda dan feri gantian kepada feri rosak berada di Langkawi dan ketika dua pengangkutan tersebut tiba di perairan Kuala Perlis, air telah surut,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, feri yang dijadualkan berlayar ke pulau itu pada pukul 4 petang, 5 petang dan 5.30 petang beroperasi seperti biasa, namun sedikit lewat daripada jadual asal.

“Feri gantian pula terpaksa menunggu air pasang pada pukul 10.30 malam kerana keadaan air surut di Terminal Feri Kuala Perlis yang menyebabkan feri tidak boleh berlabuh,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI