fbpx

Tiga rumah rosak, 66 berisiko roboh ekoran fenomena air pasang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu penduduk kampung yang terjejas dengan fenomena air pasang besar di di Kampung Buah Pandai, Kota Belud tengah malam tadi.

KOTA BELUD – Tiga rumah rosak manakala 66 lagi dikhuatiri roboh dilanda ombak berikutan fenomena air pasang besar dalam kejadian di Kampung Buah Pandai tengah malam tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 12 tengah malam itu, ketiga-tiga rumah atas air terbabit mengalami kerosakan lantai termasuk beranda membabitkan salah sebuah rumah dilaporkan roboh.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.05 tengah malam sebelum sepasukan 18 anggota dan pegawai bersama jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kebanyakan rumah di perkampungan berkenaan terancam berikutan fenomena air pasang besar.

“Dianggarkan sebanyak 66 rumah lagi turut terancam selain terdapat 10 peratus kerosakan pada keseluruhan jambatan di kampung terbabit,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, semua mangsa sudah berpindah ke rumah saudara masing-masing selain sebahagian kecil pula berpindah ke Masjid Kampung Buah Pandai.

“Pemantuan masih dijalankan oleh pasukan operasi bomba di sekitar lokasi kejadian. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan ketika ini keadaan air laut dilihat semakin surut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI