fbpx

Tiada bayaran premium tanah secara ansuran -MB Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani ketika bercakap pada sidang DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Kerajaan negeri tidak berhasrat melaksanakan pembayaran premium tanah secara ansuran meskipun terdapat permintaan bagi tujuan itu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pembayaran secara ansuran tidak dapat dilaksanakan kerana ia akan menjejaskan audit dan sasaran Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri.

Beliau berkata, PTG juga mempunyai Indeks Petunjuk Utama (KPI) tertentu untuk mereka menentukan jumlah pungutan setiap tahun.

“Saya minta maaf kita tidak dapat menyempurnakan permintaan ini kerana membabitkan audit dan sasaran atau KPI bagi pendapatan yang dijanjikan PTG negeri.

“Jika dibenarkan bayaran (premium tanah) secara ansuran, sukar untuk PTG membuat ketetapan bagi KPI mereka,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ong Boon Piow (DAP-Bercham) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI