fbpx

Harap saya sekuat Neelofa – Ameera Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KATA Ameera, Neelofa adalah manusia paling kuat yang pernah dia kenali.

PETALING JAYA – Pempengaruh sensasi, Ameera Khan mengakui dia amat menghormati dan kagum dengan ketabahan kakaknya, Neelofa yang sangat kuat menepis tohmahan serta kata-kata negatif yang dilemparkan netizen.

Pengakuan tersebut diluahkan Ameera sebagai respons kepada salah seorang peminat yang mengikuti sesi siaran langsung dalam Instagram miliknya, malam Ahad lalu.

Peminat tersebut meminta Ameera untuk menjadi seperti Neelofa, mencontohi semangat kakaknya yang sentiasa teguh dan bangkit berdiri biarpun sentiasa dikecam dari awal permulaan kariernya sehingga ke hari ini.

Ameera Khan atau nama komersialnya Little Miss Khan, 22, berkata, tiada kata-kata yang mampu diungkap untuk menggambarkan kecekalan seorang wanita bergelar ‘Neelofa’.

“Saya hormat kakak sangat-sangat. Dia sangat kuat, saya tiada kata untuk menggambarkan betapa kuatnya dia. Saya rasa dalam negara ini, dia adalah manusia paling kuat yang saya kenal.

“Dia digemari dan disayangi orang ramai tapi pada masa sama, ramai juga melemparkan kata-kata yang agak keterlaluan kepada dia namun kakak sentiasa kuat dan tabah.

“Saya berharap saya sekuat Neelofa,” ujar Ameera.

Luahan Ameera disokong oleh pengikutnya yang lain menerusi ruangan komen sesi siaran langsung tersebut.

“Betul Ameera, setiap orang lain caranya, kakak awak memang kuat,” komen seorang netizen.

“Sistem sokongan setiap orang itu berbeza. Neelofa lain, Ameera lain, jadi tidak semua orang mampu untuk telan saja apa yang netizen kata,” ujar seorang netizen lain.

Sabtu lalu, Ameera kembali aktif dalam Instagram selepas hampir enam bulan menghilangkan diri dari radar media sosial dan tumpuan ramai.

Kehadiran semula selebriti itu disambut keterujaan peminat yang rata-ratanya sudah lama menanti kemunculannya dengan perkongsian menarik dalam Instagram.

Terdahulu, Ameera sering menjadi topik dalam kalangan netizen kerana dihimpit pelbagai kontroversi terutama imejnya yang kerap kali memakai dan membuka tudung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI