fbpx

Ramalan cuaca signifikan di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) petang ini mengeluarkan ramalan cuaca signifikan melibatkan negeri Sabah sehingga 28 Disember ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin yang berlaku di Sabah itu boleh menyebabkan hujan berterusan di kawasan berkenaan.

“Angin kencang timuran dijangka memasuki rantau negara bermula 30 Disember 2022 dan berpotensi membawa angin kencang dan ombak besar di perairan Laut China Selatan.

“Justeru itu, Amaran Hujan Berterusan melibatkan negeri Sabah turut dikeluarkan sehingga 28 Disember 2022,” katanya di sini hari ini.

Selain itu katanya, MetMalaysia turut mengenakan Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora di perairan Laut China Selatan dan perairan Sabah serta Labuan berkuatkuasa sehingga 3 Januari 2023.

Katanya, orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI