fbpx

Naskhah himpun profil pereka fesyen tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri: Gillian, Dayang Fatimah Tom dan Liew turut hadir memeriahkan majlis pelancaran buku Malaysian Fashion: A Journey in Colour di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

BUKU coffee table merupakan sebuah naskhah besar yang menghimpunkan banyak gambar di dalamnya.Biasanya, ia diletakkan di atas meja kopi dengan tujuan diselak secara santai oleh pembaca.

Buku coffee table fesyen merupakan antara naskhah paling popular dalam kalangan pembaca.

Hal ini kerana buku berkenaan menghimpunkan foto-foto karya fesyen menarik daripada pereka terkenal dari seluruh dunia.

Bersempena ulang tahun Persatuan Pereka Fesyen Malaysia (MODA) yang ke-30, persatuan itu melancarkan buku coffee table bertajuk, Malaysian Fashion: A Journey in Colour bertempat di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Naskhah ‘mewah’ tersebut menghimpunkan coretan dan lipatan sejarah perjalanan MODA sepanjang ditubuhkan sejak 30 tahun lalu.

Buku berkulit tebal itu juga himpunan profil karya seni eksklusif 38 pereka fesyen terkenal tempatan. Kesemua mereka adalah ahli-ahli MODA.

Salah satu busana pereka tempatan yang dipamerkan pada pameran fesyen anjuran MODA.

Presidennya yang juga merupakan pereka fesyen terkenal tanah air, Melinda Looi berkata, idea untuk menerbitkan buku tersebut tercetus hasil daripada perbincangan Pensyarah Kanan Pengurusan Fesyen, Kolej Raffles, Sabi Sohrabi bersama Ahli Jawatankuasa Latihan dan Pendidikan MODA, Juita Jalil pada awal tahun lalu.

“Bersama usaha gigih yang diberikan oleh para pelajar tahun akhir Fakulti Perusahaan, Pemasaran dan Pengurusan Fesyen Antarabangsa kolej tersebut, maka terhasil buku ini.

“Penerbitan buku unik ini juga memaparkan usaha tegar MODA yang selama ini menyokong peningkatan dan pemerkasaan industri fesyen negara.

“Melalui penghasilan buku ini, buat pertama kalinya, segala hasil kerja pereka fesyen berbakat dan couturier tempatan bertaraf antarabangsa dan pakar-pakar seni lain dapat digabungkan dalam sebuah penerbitan eksklusif,” ujarnya kepada Stailo.

Moda turut menganjurkan Pertandingan Mewarna MODA-MIYO bagi mengasah bakat kreatif kanak-kanak.

Majlis pelancaran buku berkenaan turut dihadiri oleh pereka fesyen tempatan, Gillian Hung; Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Datuk Dayang Fatimah Tom Abang Saufi dan Pengarah Kolej Raffle, David Liew.

Keistimewaan naskhah tersebut terletak pada setiap helaiannya yang menampilkan lakaran rekaan fesyen daripada kesemua pereka terbaik.

Seiring dengan pelancaran buku itu juga, satu pameran fesyen diadakan bermula 1 Disember lalu hingga 30 Disember ini di Balai Seni Negara.

Pameran itu disertai 30 pereka fesyen tempatan yang mencipta nama di pasaran tempatan dan luar negara.

Selain pameran, beberapa program menarik lain turut dianjurkan seperti Pertandingan Mewarna MODA-MIYO bagi kategori kanak-kanak.

MODA turut menganjurkan beberapa aktiviti lain seperti bengkel reka seni, forum fesyen dan sesi perkongsian yang dikendalikan oleh ahli-ahli persatuan tersebut.

Buku coffee table MODA boleh didapati di kedai buku Balai Seni Negara dan di kebanyakan cawangan BookXcess pada harga RM149.90 sebuah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN