fbpx

Mekah, Madinah disasar jadi hab kewangan Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kota Mekah disasar mampu menarik pelaburan dan menjadi pusat aktiviti perniagaan. - AFP

JEDDAH – Tiga entiti ekonomi di Arab Saudi bakal bekerjasama untuk mentransformasikan kota suci Mekah dan Madinah menjadi hab aktiviti kewangan serta perniagaan bagi negara-negara Islam, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.

Dewan Perniagaan Mekah, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Madinah serta Dewan Perniagaan, Perindustrian dan Pertanian Islam akan menandatangani perjanjian perkongsian dalam satu majlis esok, yang ditaja oleh Menteri Perdagangan Arab Saudi, Dr. Majid Al-Qasabi.

Perjanjian itu bertujuan bagi menarik pelaburan di dua kota suci tersebut dan mengubahnya menjadi hab untuk aktiviti perniagaan.

Pengerusi Lembaga Pengarah Dewan Perniagaan Mekah, Abdullah Saleh Kamel berkata, perjanjian itu bakal menyediakan sokongan logistik di Mekah dan Madinah.

Tambah beliau, kerjasama itu juga akan menyediakan semua keupayaan yang diperlukan untuk meningkatkan kecekapan persekitaran pelaburan.

“Kami mahu menyediakan rangkaian perhubungan antarabangsa yang kukuh untuk terus menawarkan kemudahan-kemudahan antarabangsa yang tetap bagi mempromosikan semua kerjasama di peringkat global.

“Usahasama ini akan melengkapkan dua kota suci tersebut dan sektor perniagaan dengan rangsangan hebat menerusi aktiviti seperti pameran, forum dan dialog dengan para pemimpin negara-negara Islam serta lawatan delegasi perniagaan, di samping penyelidikan kursus dan latihan,” tambahnya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI