fbpx

Manchester United ketiadaan enam pemain utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN daripada pemain United menjalani latihan menjelang perlawanan menentang Nottingham Forest di Old Trafford awal pagi esok. – FB MUFC

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag berdepan dilema apabila enam pemain utama dijangka tidak diturunkan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Nottingham Forest di Old Trafford awal pagi esok.

Diogo Dalot, Harry Maguire, Raphael Varane, Jadon Sancho dan Axel Tuanzebe dilaporkan masih mengalami kecederaan, manakala Lisandro Martinez diberikan rehat selepas memenangi Piala Dunia 2022 bersama Argentina.

Justeru, situasi itu sedikit sebanyak membuatkan Ten Hag pening kepala untuk memilih kesebelasan terbaik bagi meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan Burnley 2-0 dalam saingan Piala Liga Inggeris (EFL) Khamis lalu.

“Beberapa pemain mungkin tidak akan berada dalam skuad bagi aksi Liga Perdana menentang Nottingham atas beberapa sebab tertentu. Harry (Maguire) tidak sihat, jadi saya tidak tahu apa perkembangannya.

“Mungkin saya akan buat penilaian terhadap pemain-pemain lain yang ada dalam pasukan sebelum buat sebarang keputusan. Sudah tentu perlawanan itu sangat penting dalam usaha kami mendaki tangga liga,” katanya.

Bekas jurulatih Ajax itu juga sedar dan sentiasa berwaspada dengan ancaman pasukan-pa­sukan lain yang pastinya mahu mencabar United untuk berada dalam kelompok empat teratas liga.

“Kami sedar dengan perkara itu dan tahu persaingan sangat sengit kerana ada tujuh atau lapan pasukan yang mahu berada dalam kelompok empat teratas. Oleh itu, saya mahu pemain United kekalkan aksi terbaik bagi mencapai sasaran tersebut,” ujar beliau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI