fbpx

Mahkamah: Saman fitnah, S.M Faisal – Caprice perlu maklum jika ada penyelesaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak-pihak dalam kes saman fitnah ahli perniagaan terkenal, Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap Caprice dikehendaki memaklumkan kepada mahkamah sama ada mereka bersetuju untuk menyelesaikan kes secara baik atau tidak.

KUALA LUMPUR – Pihak-pihak dalam kes saman fitnah ahli perniagaan terkenal, Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap Caprice dikehendaki memaklumkan kepada mahkamah sama ada mereka bersetuju untuk menyelesaikan kes secara baik atau tidak.

Saman itu berhubung hantaran berbaur fitnah yang dibuat Caprice di laman Instagramnya mengenai kes Emilia Hanafi.

Peguam Puteri Ummi Kartini Abd . Latiff yang mewakili S.M Faisal yang dihubungi berkata dalam prosiding hari ini, Hakim Mahkamah Sesyen Azian Othman merekodkan bahawa kedua-dua belah pihak boleh memaklumkan status penyelesaian secara baik, jika ada.

“Pihak-pihak perlu memaklumkan perkembangan sebelum tarikh perbicaraan yang ditetapkan selama tiga hari bermula 4, 5 dan 6 Oktober depan. Mahkamah turut menetapkan tarikh pengurusan kes secara e-Review pada 3 Julai depan,” katanya.

Dalam prosiding hari ini secara e-Review, Caprice diwakili peguam Harjoth Singh.

Pada 20 September lalu, Kosmo! Online melaporkan S.M Faisal, 43, selaku plaintif memfailkan saman itu di Mahkamah Sesyen di sini menerusi Tetuan Akberdin & Co pada 15 Ogos lalu dengan menamakan Caprice sebagai defendan.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh, S.M Faisal berkata, pada 27 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini memerintahkan Emilia, 43, yang juga bekas isterinya menjalani hukuman penjara tujuh hari kerana gagal mematuhi perintah komital mahkamah.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI