fbpx

MAAC cadang PPPM-PT di nilai semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) mencadangkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) (PPPM (PT)) perlu di nilai bagi menghadapi cabaran pendidikan masa hadapan.

Presiden MAAC, Professor Dr Ahmad Ismail berkata pencapaian itu perlu di nilai dalam tempoh tiga tahun ini supaya jelas dengan sebarang tindakan diambil sebelum merancang lonjakan seterusnya.

“Cabaran selepas pandemik Covid-19 dan budaya teknologi maklumat terkini menambah cabaran pensyarah Universiti Awam (UA).

“Peranan pensyarah sangat penting dalam menghadapi cabaran baharu dan mesti dilengkapkan dengan ilmu, kemahiran dan kepakaran yang cukup dengan cabaran semasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) juga boleh memainkan peranan penting dalam mencari bakat, melatih dan memperkasakan kepimpinan semasa serta pelapis pemimpin UA.

“Kepimpinan Universiti juga mesti sesuai dengan trend Universiti abad ke-21. Peranan Universiti dan agensi berkaitan sangat diperlukan dalam memperkasakan kepimpinan UA.

“Dalam persaingan pendidikan tinggi negara peringkat kebangsaan dan global, kepimpinan pendidikan tinggi mesti berkemampuan melonjakkan Universiti di Malaysia ke peringkat dunia.

“Lonjakan bukan sahaja dalam sesuatu bidang atau arah tetapi mesti holistik dan harmoni dengan masyarakat. Rakyat adalah sumber manusia penting dalam negara demokrasi yang maju,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI