fbpx

Komen ‘Nazrul Nazari’ isu 2019, sudah diambil tindakan -Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang ditularkan semula kenyataan menyentuh sensitiviti perkauman oleh seorang pengguna Facebook bernama 'Nazrul Nazari'.

AMPANG JAYA – Penularan semula kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dari pengguna Facebook bernama ‘Nazrul Nazari’ yang tular di media sosial baru-baru ini, merupakan isu lama pada tahun 2019.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, pihaknya mengesan penularan semula hantaran berbaur perkauman itu di pelbagai platform media sosial, hari ini.

Kata beliau, hantaran tersebut telah dimuat naik pada bulan Ogos 2019 oleh pemilik akaun Facebook ‘Nazrul Nazari’.

“Seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun telah ditangkap 1 April lalu dan didakwa di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Justeru itu orang awam dinasihatkan supaya tidak menularkan sebarang berita lama atau dikitar semula, yang boleh mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, tular sebuah hantaran melalui kumpulan Facebook ‘KERAJAAN PERPADUAN YDPA’ dengan memetik kenyataan menyentuh sensitiviti perkauman oleh seorang pengguna Facebook bernama ‘Nazrul Nazari’.

Dalam tangkap layar yang tular di media sosial itu, terpampang di ruangan komen dari ‘Nazrul Nazari’ yang tertulis ‘Bila 13 mei nak berulang… tak sabar nak bunuh india china’,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI