fbpx

KKM tingkat kesiapsiagaan tangani peningkatan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menggariskan enam langkah bagi mempertingkatkan kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan peningkatan kes Covid-19 susulan kebimbangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terhadap perkembangan semasa di China.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, langkah-langkah yang digariskan adalah sama seperti yang pernah dialami semasa variant Delta melanda seluruh dunia termasuk Malaysia.

Langkah pertama ujar beliau adalah meningkatkan peratusan individu layak menerima vaksin dos penggalak bagi mengurangkan penularan, jangkitan serius serta kematian diikuti mengukuhkan pengurusan Covid-19 melalui penambahbaikan pendekatan FTTIS (Find, Test, Trace, Isolate and Support) yang diautomasikan menerusi aplikasi MySejahtera.

“Bagi langkah ketiga, semua Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) yang beroperasi secara fizikal akan bersedia menerima kedatangan atau panggilan pesakit yang tinggi untuk membuat penilaian terhadap pesakit yang disahkan positif jangkitan Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, langkah ke empat pula adalah dengan menggunakan ubat antiviral Paxlovid (nirmatrelvir/ritonavir) yang diperkenalkan melalui Covid-19 Clinical Care Pathway pada 15 April lalu.

“Langkah kelima, pihak KKM akan memantau rapi penularan jangkitan Covid-19 dalam masyarakat melalui pelaksanaan aktiviti survelan melibatkan lokasi sentinel influenza-like illness (ILI) dan severe acute respiratory infection (SARI) di seluruh negara.

“Ia turut disokong dengan aktiviti penjujukan genom menyeluruh bagi mengesan varian baharu serta aktiviti survelan persekitaran melalui persampelan air kumbahan dari lokasi persampelan yang dikenal pasti di seluruh negara,” ujar beliau.

Tambah Dr. Noor Hisham, langkah keenam adalah inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) iaitu memperkasa kawalan kendiri kesihatan merangkumi pemerkasaan individu dalam mengambil tindakan pencegahan penyakit, menilai status kesihatan diri, memastikan kepatuhan rawatan dan mengamalkan norma baharu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI