fbpx

Kerana salah tukar siaran televisyen, abang belasah adik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG JAYA – Hanya kerana tersalah tukar siaran televisyen, seorang abang bertindak kejam membelasah adiknya dan mengeluarkan kata-kata ugutan di kediaman mereka di Jalan Bukit Permai, Taman Bukit Permai, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku ketika kedua-duanya berada di ruang tamu rumah sekitar pukul 4 petang.

Katanya, suspek meminta mangsa menukarkan siaran televisyen tetapi telah tersalah tekan butang pada alat kawalan jauh tersebut.

“Ekoran tindakan adik lelaki suspek yang berusia 23 tahun itu, suspek telah naik berang lalu menumbuk badan dan mulut mangsa menggunakan tangan.

“Suspek juga telah menampar muka mangsa dan buat ugutan jenayah ‘dah cukup bagus aku tak bunuh kau’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa yang cedera akibat dibelasah suspek dimasukkan ke hospital masuk hospital kerana mengalami kecederaan ditumbuk di dada, rusuk kanan dan bibir.

Bertindak diatas laporan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Domestik (BSJD) Ampang Jaya telah membuat tangkapan terhadap abang mangsa yang berusia 26 tahun di rumahnya.

Menurut Farouk, tangkapan pada pukul 12.30 tengah malam tadi itu mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah yang tidak dikehendaki dan tidak berkerja.

“Siasatan lanjut mendapati punca kejadian kerana suspek tidak berpuas hati adiknya menukar siaran televisyen, dan bukan kali pertama adik beradik itu bergaduh.

“Ekoran itu, suspek telah direman selama empat hari hingga Jumaat ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI