fbpx

Kebajikan anggota, pesara tentera terlibat banjir diberi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADLY Zahari (empat dari kiri) beramah mesra bersama penduduk Machap Umboo di Alor Gajah, Melaka sempena Festival Tanglung Tahun Baharu Cina.

ALOR GAJAH – Kementerian Pertahanan memberi jaminan kebajikan semua mangsa banjir dalam kalangan anggota dan veteran tentera akan diambil perhatian bagi meringankan beban yang ditanggung.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, susulan itu pihaknya menerusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan beberapa badan kebajikan tentera termasuk Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) sedang mengumpulkan data lengkap anggota dan pesara tentera yang terlibat dengan bencana alam tersebut.

Menurut beliau, pengumpulan data itu bertujuan menyegerakan bantuan kepada anggota dan pesara tentera yang terlibat.

“Setakat ini kita beri bantuan secara menyeluruh yang mana kita adakan mesyuarat setiap minggu dan di pengerusikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan. Kita akan melihat atau mengumpul data menerusi persatuan, perbadanan kita (Kementerian Pertahanan) termasuk penama sendiri.

“Bantuan-bantuan akan digerakkan supaya fokus kepada veteran dan anggota tentera itu sentiasa diberi keutamaan,” katanya pada sidang akhbar Festival Tanglung Tahun Baharu Cina di Machap Umboo di sini semalam.

Mengulas lanjut, Adly berkata, pihak kementerian akan mempertimbangkan bantuan lain selain wang tunai seperti barangan keperluan harian dan peralatan elektrik.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI