fbpx

Heize koyak ligamen, cedera ringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HEIZE

SEMASA sibuk melakukan latihan untuk persembahan akan datang, penyanyi Heize ditimpa kecederaan ringan dan koyak ligamen pada lutut kiri.

Perkara tersebut diumumkan oleh pihak agensi, P Nation pada 23 Disember lalu mengenai artis naungan mereka.

Penyanyi itu juga telah menerima rawatan di hospital agar keadaan tidak menjadi lebih teruk.

“Heize bernasib baik apabila kecederaan tersebut tidak akan memberi kesan kepada kesihatan keseluruhan dan aktiviti seninya.

“Buat masa ini, dia masih boleh melengkapkan jelajah konsert sulungnya, Heize City yang dijadualkan pada 24 Disember di Busan, manakala Daegu pada 31 Disember.

“Kami berharap peminat memahami keadaannya semasa persembahan kelak kerana pergerakan Heize akan sedikit terhad berikut kepada kecederaan yang dialami,” katanya.

Malah, mereka berjanji bahawa kesihatan dan keselamatan artis itu akan diletakkan sebagai perkara utama dan akan buat yang terbaik untuk memastikan Heize kembali sihat untuk bertemu peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI