fbpx

Guru maut motosikal langgar penghadang jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa di sisi motosikalnya selepas terlibat kemalangan di KM 91.8 Lebuh Raya Utara-Selatan di Sungai Petani pada pagi tadi.

SUNGAI PETANI – Seorang guru maut selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan lalu melanggar penghadang besi di Kilometer 91.8 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.35 pagi itu, mangsa, Muhammad Nasuha Mustaffa, 34, yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kedah, Alor Setar meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya mendapat laporan mengenai kejadian itu pada pukul 9.01 pagi tadi.

Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 yang terbabas sendiri.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa yang sedang bergerak di lorong kecemasan hilang kawalan dan terlanggar penghadang besi di sebelah kiri jalan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk ujian saringan Covid-19 dan proses bedah siasat,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI