fbpx

Cuaca baik seluruh Semenanjung Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan cuaca kelihatan agak baik di mana tiada hujan dicerap di Semenanjung Malaysia setakat ini.

MetMalaysia dalam laporan cuacanya berkata, keadaan ini dijangkakan mampu untuk berterusan hingga malam nanti.

“Kecuali hujan di satu dua tempat dijangka berpotensi berlaku melibatkan negeri Perak dalam jangka masa yang agak singkat

“Bagi Sabah dan Sarawak, tiada hujan yang dicerap buat masa ini,” katanya di sini hari ini.

Namun demikian buat ketika ini rantau negara masih lagi menerima pengaruh angin yang agak kencang iaitu melebihi 60 kilometer per jam, selain itu turut mendapat penumpuan angin daripada Sabah yang berpotensi membawa hujan yang agak lebat di kawasan berkenaan.

“Oleh itu, MetMalaysia masih lagi mengekalkan amaran hujan berterusan peringkat waspada melibatkan bahagian Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan juga Wilayah Persekutuan Labuan hingga 28 Disember nanti.

“Justeru, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan anda dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dengan keadaan cuaca dan juga angin kencang yang boleh berlaku,” katanya.

Dalam pada itu MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama, kedua dan ketiga melibatkan Condore, Bunguran, Reef North, Layang-layang, Sulu, Palawan dan Reef South.

“Amaran ini dijangkakan akan berterusan sehingga 29 Disember ini.

“Di sepanjang tempoh amaran, keadaan ini adalah amat berbahaya kepada kebanyakan aktiviti pantai dan juga perkapalan termasuklah aktiviti perkhidmatan feri dan juga aktiviti pelantar minyak,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI