fbpx

China tamatkan keperluan kuarantin untuk ketibaan antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
China akan mengugurkan keperluan kuarantin yang perlu dijalani oleh pengembara asing mulai 8 Januari tahun depan. - Foto AFP

BEIJING – China akan menamatkan keperluan kuarantin yang perlu ditempuhi oleh warga asing termasuk pelancong antarabangsa yang tiba di negara itu bermula 8 Januari tahun depan, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Ia merupakan langkah besar ke arah membuka semula sempadan negara yang telah menghalang China daripada menerima kehadiran pengembara seluruh dunia selama hampir tiga tahun disebabkan pandemik Covid-19.

Pengembara yang masuk ke China hanya perlu menunjukkan keputusan ujian Covid-19 negatif yang diperoleh dalam tempoh 48 jam sebelum mereka berlepas, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) China dalam satu pengumuman lewat  semalam. 

Pada masa ini, pengembara yang ingin memasuki China tertakluk kepada syarat lima hari kuarantin di hotel dan tiga hari pengasingan diri di rumah.

Selain itu, sekatan ke atas syarikat-syarikat penerbangan bagi bilangan penerbangan antarabangsa dan kapasiti penumpang juga akan dihapuskan, demikian menurut pengumuman yang sama.

Kelonggaran sempadan negara adalah sebahagian daripada langkah meluas yang dilaksanakan Beijing berikutan beberapa siri bantahan di seluruh negara sebelum ini. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI