fbpx

Campak 102.83 kg ganja tepi LPT 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian ketulam mampat disyaki ganja yang dijumpai di tepi LPT 2 berhampiran Plaza Tol Kuala Terengganu berhampiran Kampung Gemuroh, Kuala Nerus kelmarin.

KUALA NERUS – Anggota polis trafik yang mengadakan rondaan di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) menjumpai 101 ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja berhampiran susur keluar Plaza Tol Kuala Terenggganu berhampiran Kampung Gemuroh di sini kelmarin.

Ketulan mampat tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja itu dianggarkan bernilai RM257,075.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, sebelum ini, empat anggota polis trafik berkenaan melakukan operasi pemeriksaan pergerakan awam di kawasan sekitar Kampung Jong hingga plaza tol berkenaan.

“Operasi itu dilakukan di lokasi tersebut dan sekitarnya dari pukul 2.30 pagi hingga 4 pagi hari itu.

” Sebaik tiba di kawasan susur keluar menghala ke arah Kuantan, mereka menjumpai objek mencurigakan berupa beberapa kotak yang diletakkan di atas tanah berhampiran pembahagi jalan,” katanya di sini hari ini.

Rohaimi berkata, pemeriksaan mendapati 101 bungkusan tersebut mengandungi ganja seberat 102.83 kilogram (kg).

Tambah beliau, penemuam tersebut kemudiannya dimaklumkan kepada Bahagian Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu.

“Siasatan awal tidak menolak kemungkinan bungkusan dadah berkenaan ditinggalkan sementara oleh penjenayah sementara menunggu pemeriksaan anggota polis trafik selesai,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI