fbpx

Banjir: Tinggal hanya 138 mangsa di Besut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita warga emas termenung mengenangkan kesan pasca banjir di rumahnya di Kampung Durian Mentangau, Dungun semalam.

KUALA TERENGGANU – Situasi banjir di Terengganu semakin pulih dengan hanya 138 mangsa daripada 41 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS).

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Besut merupakan satu-satunya daerah yang masih terjejas dengan banjir di negeri ini.

Beliau berkata, Kuala Terengganu pula telah pulih sepenuhnya dengan PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Losong dibenarkan menutup operasi pada pukul 4 petang semalam.

“Seramai 126 mangsa daripada 38 keluarga masih ditempatkan di Masjid Kampung La, Besut.

“Satu lagi PPS di Besut iaitu Balai Raya Kampung Pantai pula masih mempunyai 12 mangsa daripada tiga keluarga,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, banjir di negeri ini diharapkan terus pulih memandangkan cuaca diramal cerah pada hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI