fbpx

Banjir: Mangsa di Kelantan tinggal 209 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang warga emas (duduk, depan) gembira selepas dibenarkan pulang dari PPS SK Gual Tok Deh ke rumahnya di Kampung Tersang, Pasir Mas hari ini. FOTO ROHANA ISMAIL

KOTA BHARU – Mangsa banjir di Kelantan tinggal 209 orang daripada 68 buah keluarga yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 4 petang tadi.

Pegawai Pengurusan Bencana dan Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Kapten Mohd. Hanif Omar berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 509 mangsa daripada 246 keluarga pagi tadi.

Menurutnya, kesemua mangsa yang masih terjejas itu merupakan penduduk di Pasir Mas.

“Mereka berlindung di tiga PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kedai Tanjong dengan seramai 178 mangsa, Pusat Tarbiah Nasrulllah Pohon Buluh (17 mangsa) SK Banggol Chicha (14 mangsa).

“PPS SK Gual Tok Deh yang menempatkan 304 mangsa pagi tadi sudah ditutup sepenuhnya sebentar tadi,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Menurut Mohd. Hanif, selain itu, PPS SK Pengkalan Kubor 1, Tumpat dengan 77 mangsa pagi tadi juga sudah ditutup.

“Paras air di sungai-sungai utama di Kelantan iaitu Sungai Pergau, Sungai Lanas, Sungai Kelantan, Sungai Golok, Sungai Semerak dan Sungai Lebir berada pada paras normal.

Katanya, bagaimanapun, paras Sungai Golok di Rantau Panjang dan Kuala Jambu ketika ini masih menunjukkan bacaan berjaga-jaga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI