fbpx

Banjir di Kelantan makin pulih, 718 masih berlindung di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja kedai alat ganti, Leaw Joke Seng,32, membersihkan premisnya selepas banjir surut di Bandar Baru Lubok Jong, Pasir Mas kelmarin. FOTO ROHANA ISMAIL

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan tinggal 718 orang melibatkan 246 keluarga di lima buah pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah iaitu Pasir Mas dan Tumpat.

Pegawai Pengurusan Bencana dan Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Kapten Mohd. Hanif Omar berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 1,235 mangsa malam tadi.

Menurutnya, setakat pukul 8 pagi tadi, empat buah PPS di Pasir Mas menempatkan seramai 641 mangsa manakala sebuah lagi di Tumpat seramai 77 mangsa.

“Di Pasir Mas, 304 mangsa masih berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh, SK Kedai Tanjong (187 mangsa), Pusat Tarbiah Nasrullah Pohon Buluh (146 mangsa) dan SK Banggol Chica (14 mangsa).

“Selain itu, seramai 77 mangsa berada di PPS SK Pengkalan Kubor 1 di Tumpat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurut Mohd. Hanif, paras air di sungai-sungai utama di Kelantan iaitu Sungai Pergau, Sungai Lanas, Sungai Kelantan, Sungai Golok, Sungai Semerak dan Sungai Lebir berada pada paras normal.

Katanya, bagaimanapun, Sungai Golok di Rantau Panjang ketika ini masih menunjukkan bacaan berjaga-jaga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI