fbpx

Tanah runtuh: Lokasi kejadian tak tersenarai dalam cerun kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedaan selepas kejadian tanah runtuh yang berlaku di Batang Kali 16 Disember lalu.

PETALING JAYA- Kawasan tragedi runtuhan tanah di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor pada 16 Disember lalu, tidak tersenarai dalam cerun-cerun kritikal.

Perkara tersebut dimaklumkan dalam satu kenyataan semalam oleh Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Hisamudin Termidi.

“JMG menegaskan bahawa skop pemantauan cerun kritikal tertumpu di kawasan penempatan dan cerun-cerun semulajadi yang tidak bertindih fungsi dengan pihak autoriti lain,” katanya.

Sementara itu, bagi penempatan ataupun sebarang cadangan pembangunan baru di lereng bukit atau berkedudukan berhampiran cerun, Hisamudin berkata ia merupakan sebahagian komponen dalam kebenaran merancang yang memerlukan penilaian risiko dibuat.

“Bagi risiko yang melibatkan bencana geologi tanah runtuh, pihak pemaju perlu melantik ahli geologi profesional yang berdaftar di bawah Lembaga Ali Geologi Malaysia membuat penilaian,” katanya.

Terdahulu beberapa media tempatan melaporkan bahawa cerun di kawasan tragedi tanah runtuh tersebut disenaraikan antara lokasi kritikal yang dikenal pasti JMG.

Bagaimanapun, jurucakap pengusaha Father’s Organic Farm, Frankie Tan berkata, beliau tidak pernah menerima apa-apa surat atau sebarang maklumat mengenai senarai terbabit.

Tragedi tanah runtuh yang terjadi sekitar pukul 2.42 pagi pada 16 Disember lalu telah meragut 31 nyawa, manakala 61 orang terselamat daripada jumlah keseluruhan mangsa terlibat iaitu 92 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI