fbpx

Sungai Bernam pada paras bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sungai Bernam

PETALING JAYA – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran bahaya paras air bagi sungai di Sabak Bernam pagi ini.

JPS menerusi laman sesawangnya memaklumkan Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam ketika ini pada paras bahaya dengan bacaan 2.32 meter (m) iaitu trend meningkat.

“Dua sungai di Kelantan juga ketika ini pada tahap amaran iaitu di Rantau Panjang, Pasir Mas, 8.72 m dan di Kampung Jambu (Kuala Jambu), Tumpat dengan bacaan 2.4 m.

“Manakala di Sarawak pula tahap amaran dikeluarkan di Sungai Similajau, Bintulu pada paras 9.25 m,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini meramalkan cuaca baik di seluruh negara berikutan tiada amaran ribut petir serta hujan lebat dikeluarkan setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI