fbpx

Pengunjung cemas ‘roller shutter’ Sogo ditutup tiba-tiba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video berkenaan yang memaparkan situasi panik orang ramai setelah 'roller shutter' ditutup.

PETALING JAYA – Pengunjung pusat membeli-belah Sogo, Kuala Lumpur menghadapi situasi cemas apabila kesemua pengatup (roller shutter) ditutup secara tiba-tiba ketika pelanggan masih berada di dalam.

Video yang dimuat naik oleh @mspah.my di akaun TikToknya memaparkan keadaan pengunjung yang menjerit kerana berebut-rebut ingin keluar melalui pintu kecemasan diikuti dengan bunyi yang kuat dari arah eskalator.

“Keadaan cemas di Sogo Kuala Lumpur petang tadi. Semua ‘roller shutter’ tiba-tiba tutup. Hati mula rasa tidak sedap.

“Alhamdulillah selamat walaupun panik sangat tadi. Tidak tahu apa punca tiba-tiba jadi situasi kelam kabut itu,” tulisnya di dalam kapsyen.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat tontonan lebih 2 juta, 64,900 tanda suka dan 2,307 perkongsian.

Menerusi tinjauan Kosmo! di ruangan komen, difahamkan situasi panik tersebut terjadi kerana ada pelanggan yang memecahkan ’emergency break glass’ sehingga menyebabkan semua ‘roller shutter’ tertutup secara automatik.

“Jika ada kebakaran, ‘roller shutter’ tu akan tertutup secara automatik. Tetapi jangan panik, sebab ada pintu kecemasan yang pengunjung boleh keluar. Semua pusat membeli-belah macam itu,” komen seorang netizen.

“Saya pun ada disana semalam.. rasa macam ada benda jatuh dekat eskalator,” komen netizen yang lain pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI