fbpx

Konsert sulung, 6ixth Sense bikin peminat ‘galau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MERIAH. Konsert sulung 6ixth Sense sempena ulang tahun ke-17 berlangsung dengan cukup gamat pada malam Sabtu lalu di Panggung Asia, Gombak.

PETALING JAYA – Malam minggu lalu menjadi momen bersejarah buat hampir 1,700 penggemar tegar kumpulan 6ixth Sense apabila berpeluang menjadi saksi Konsert 7Belas yang cukup energetik.

Pertama kali mengadakan konsert, kumpulan itu berjaya menggegarkan pentas Panggung Asia dengan 30 buah lagu yang menghiasi ruang udara Selangor pada malam Sabtu lalu.

Kemunculan 6ixth Sense mengadakan konsert khas sempena sambutan ulang tahun setelah 17 tahun melakar nama ternyata benar-benar mengukir sejarah buat peminat kumpulan yang dikenali sebagai Deriaku.

Sepanjang konsert, 6ixth Sense meninggalkan kesan ‘galau’ kepada peminat yang hadir dengan seleksi lagu popular mereka, Khatimah Cinta, Tak Bisa Memilihmu, Sebait Hati, Harini & Semalam dan Tanpa.

Lebih bermakna, semasa segmen kedua disajikan dengan dendangan akustik untuk sesi tribute kepada bekas pengurus, Mujahid Abdul Wahab.

Konsert yang berlangsung selama dua jam itu turut membawakan elemen kejutan menampilkan kehadiran Ary daripada kumpulan Klangit mendendangkan lagu Tujuh Kali Malam Minggu bergandingan bersama 6ixth Sense.

Bukan hanya iringan muzik yang dimainkan oleh anggota kumpulan tersebut, bait-bait lirik dilontarkan oleh vokalisnya, Adi Priyo Sambodo atau Adi juga ‘melekat’ dalam sanubari penonton sehingga tidak puas melayani perasaan.

Menutup malam dengan cemerlang, kumpulan yang ditubuhkan sejak 2005 itu meletakkan lagu Yang Sempurnakan Ku sebagai penutup konsert. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI