fbpx

Kerap buat ‘live’ TikTok, tiada kerja? Itu pilihan saya – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA bertegas, tidak lagi aktif dalam dunia seni merupakan pilihannya bagi memberi keutamaan terhadap keluarganya. - INSTAGRAM.

PETALING JAYA – Menjawab dakwaan konon-kononnya tiada tawaran kerja dek kerap membuat siaran langsung (live) TikTok, pengacara popular Neelofa bertegas, situasi tersebut merupakan pilihan sendiri.

Pemilik nama lengkap, Noor Neelofa Mohd. Noor itu berkata, dia sendiri memilih untuk tidak tidak aktif dalam karier seni dan selesa memberi keutamaan kepada perkara paling mustahak iaitu keluarga.

“Saya sendiri yang memilih untuk tidak melakukan banyak kerja sebab itu adalah pilihan saya. Cukuplah setahun satu kendalikan program Next To Neelofa.

“Kalau setiap minggu keluar televisyen, tak bergerak kerja saya sebagai seorang ibu dan isteri. Saya pun ada banyak bisnes yang nak diuruskan,” katanya dalam satu sesi live dalam TikTok, baru-baru ini.

Bekas pengacara program hiburan MeleTOP itu turut mengakui bahagia dengan keputusan yang dibuat.

“Saya gembira dengan apa yang saya lakukan sekarang. Doakan semoga semuanya dipermudahkan,” katanya lagi.

Terdahulu, seorang pengikut mempersoalkan kehadiran Neelofa yang kerap membuat sesi live aplikasi TikTok hingga mendakwa ibu kepada seorang cahaya mata itu sudah tiada tawaran kerja.

Pada Disember 2019, Bintang Paling Popular 2016 (ABP 2016) itu membuat pengumuman mengejut mengundurkan diri daripada mengacarakan program MeleTOP yang cukup sinonim dengan dirinya selepas tujuh tahun.

Selepas itu, perlahan-lahan Neelofa menjarakkan diri dari dunia hiburan terutama apabila berkahwin dengan pendakwah bebas, Haris Ismail pada Mac 2021 dan terdahulu, mengenakan imej berniqab setahun sebelumnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI