PETALING JAYA – Setiap suami atau isteri perlu meminta izin terlebih dahulu sebelum membuka telefon pasangan masing-masing.
Namun begitu, jelas penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, jika pasangan masing-masing tidak kisah maka tidak timbul isu atau hukum disebalik perbuatan tersebut.
“Kadang-kadang telefon ni ada hal peribadi di antara suami dengan mak atau adik-beradik dia yang tidak perlu kita tahu.
“Sama juga kalau telefon isteri, mungkin ada perbualan dia antara keluarga yang tidak perlu kita tahu, jadi perlu minta izin terlebih dahulu jika kita nak buka,” jelasnya dalam satu video ceramah baru-baru ini.
Namun jelas Azhar, jika pasangan masing-masing tidak meletakkan sebarang syarat serta tidak kisah telefonnya dibuka, maka tidak timbul masalah.
“Jika suami tak kisah kita buka telefon dia, maka buka sahaja, tiada syarat yang ditetapkan oleh suami tidak mengapa.
“Jika suami buat undang-undang nak buka kena tanya dulu, jadi isteri memang tidak boleh buka dan memang kena minta izin dahulu,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.