fbpx

Bantuan khas mangsa banjir Terengganu disalur bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kampung Durian Mentangau, Dungun yang masih ditenggelami banjir baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU – Bantuan khas tunai RM10,000 dan RM1,000 dijangka mula disalurkan kepada keluarga mangsa banjir di Terengganu bermula bulan depan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bantuan tersebut bakal memanfaatkan lebih 10,000 ketua isi rumah (KIR) terjejas.

“Proses agihan itu mungkin ambil masa sedikit dan akan diserahkan sebaik kerajaan negeri Terengganu mendapat senarai lengkap daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Seperti diumumkan, bantuan RM10,000 akan diberikan kepada keluarga yang kematian ahli keluarga akibat banjir manakala RM1,000 pula kepada KIR yang berdaftar sebagai mangsa banjir,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, mekanisme bantuan akan diberikan secara tunai seperti amalan kebiasaan sebelum ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kerajaan negeri Terengganu sedang meneliti bentuk bantuan lain yang boleh dihulurkan bagi meringankan beban mangsa banjir di negeri itu.

“Selain bantuan khas tunai, antara keperluan lain diperlukan mangsa pasca banjir termasuk membaiki atau membina semula kediaman masing-masing yang rosak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI