fbpx

Banjir: 4,300 masih berlindung di PPS dua daerah di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk Kampung Serongga, Pasir Mas menjemur sijil-sijil pendidikan miliknya yang terkena banjir apabila pulang ke rumah dari PPS semalam.- Foto ROHANA ISMAIL

KOTA BHARU – Mangsa banjir di Kelantan terus menurun kepada 4,300 orang yang ditempatkan di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini berbanding 5,585 orang malam tadi.

Pegawai Pengurusan Bencana dan Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Kapten Mohd. Hanif Omar berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 1,285 mangsa.

Menurutnya, daripada angka itu, ia melibatkan sebanyak 1,412 buah keluarga dan ia menurun berbanding 1,835 keluarga malam tadi.

“Daerah Pasir Mas masih menempatkan seramai 3,118 mangsa dan Tumpat seramai 1,182 orang.

“Sungai-sungai utama di Kelantan termasuk Sungai Kelantan, Sungai Semerak, Sungai Lebir, Sungai Pergau dan Sungai Lanas menunjukkan bacaan menurun hari ini,” katanya.

Tambah Mohd. Hanif, Sungai Golok di Jenob sudah mencatatkan bacaan normal manakala Rantau Panjang dan Jenob masih menunjukan paras amaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI