fbpx

149 saman JPJ dalam tempoh lima jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA JPJ memeriksa sebuah motosikal dalam satu operasi penguatkuasaan di Batu Kawan, di sini Sabtu lalu. Gambar: Facebook JPJ Pulau Pinang.

SEBERANG PERAI – Sebanyak 149 notis saman dan teknikal atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam satu operasi penguatkuasaan sempena sambutan Krismas, di sini malam kelmarin.

Operasi yang berlangsung selama lima jam bermula pukul 10 malam itu menyasarkan pengguna yang melalui Plaza Tol Jambatan Sultan Abdul Halim Muazzam Shah (JSAHMS) atau lebih dikenali sebagai Jambatan Kedua di Batu Kawan.

Menurut JPJ negeri dalam satu kenyataan di sini, operasi terbabit dijalankan dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pulau Pinang.

“Pelbagai kesalahan dikesan dilakukan oleh pengguna jalan raya sepanjang operasi itu termasuk tidak memiliki lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

“Turut dikesan adalah kesalahan menggunakan cermin (kereta) gelap, nombor pendaftaran ‘fancy’, tidak menampal pelekat P selain kesalahan teknikal seperti mengubahsuai ekzos dan lain-lain,” katanya.

Sehubungan itu, JPJ negeri menasihatkan para pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan dan undang- undang semasa memandu.

Pada masa yang sama, mereka turut diingatkan supaya memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat semasa di jalan raya bagi mengelak daripada berlakunya sebarang insiden yang tidak diingini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI