fbpx

Warga emas OKU maut dirempuh kereta ketika melintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian mangsa maut dirempuh sebuah kereta semasa melintas jalan di Jalan Pasir Mas dekat Masjid Kelar malam tadi. FOTO IHSAN POLIS

PASIR MAS – Seorang lelaki warga emas yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) mental maut dirempuh sebuah kereta selepas melintas jalan secara melulu di Jalan Pasir Mas dekat Masjid Kelar di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu, mangsa, Zulkiffli Ab. Ghani, 62, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika kereta jenis Mercedes Benz yang dipandu seorang warga emas yang berusia 67 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Pasir Mas menghala ke rumahnya di Kampung Kangkong di sini.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan melintas secara melulu dari bahu kiri jalan ke laluan kereta terbabit.

“Akibat jarak yang terlalu dekat, pemandu kereta itu tidak sempat mengelak sebelum merempuh mangsa. Insiden itu menyebabkan mangsa mengalami cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pasir Mas di sini untuk dibedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI