fbpx

Trak tunda caj murah bantu kereta redah banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta menggunakan perkhidmatan trak tunda untuk meredah banjir di Jalan Kuala Terengganu - Kuantan berhampiran Kampung Air Hitam, Dungun semalam.

DUNGUN – Beberapa laluan di daerah ini yang terpaksa ditutup akibat ditenggelami banjir membawa rezeki kepada sekumpulan pe­ngusaha trak tunda.

Seorang pengusaha trak tunda, Mohd. Faizul Azuar Ubaidillah, 22, berkata, dia bersama rakan-rakannya mengambil peluang membantu pengguna jalan raya meredah laluan yang hanya boleh dilalui kenderaan berat.

Menurutnya, mereka me­ngenakan kadar bayaran lebih rendah daripada hari biasa demi membantu pengguna jalan raya yang terjejas akibat banjir.

“Biasanya caj menunda ken­deraan dari Dungun ke Paka sekitar RM200 hingga RM250.

“Begitupun pada musim banjir ini, kita hanya kenakan caj RM100 hingga RM150 bergantung kepada kedalaman air,” katanya ketika ditemui di Kampung Air Hitam di sini semalam.

Seorang lagi pengusaha trak tunda, Shah Hakim Alias, 32, pula berkata, dia menawarkan khidmat 24 jam untuk menunda kenderaan demi memudahkan urusan pengguna jalan raya meredah banjir dengan lebih selamat.

“Ramai yang menggunakan perkhidmatan kami sebab mereka tidak sanggup berpatah balik dan melalui jalan lebih jauh yang belum selamat dilalui.

Sementara itu, seorang pemandu teksi pelancong, Ahmad Zunaidi Zaid, 44, berkata, dia menggunakan perkhidmatan trak tunda untuk meredah laluan dari Air Hitam ke Kampung Nyior, Paka di sini.

Katanya, laluan berkenaan dinaiki air setinggi 1.5 meter sejauh hampir tiga kilometer sejak awal minggu lalu.

“Saya dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu ke Kuantan, Pahang dan tidak sangka pula laluan berkenaan ditutup.

“Mujurlah ada trak tunda, kalau tidak kena patah balik,” ujar­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI