fbpx

Tanah runtuh: Waris lapan mangsa maut terima RM80,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Iskandar (empat dari kanan) menenangkan Hua Kiong, yang tidak dapat menahan sebak selepas kehilangan anak lelaki, menantu serta dua cucunya dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor.

ALOR GAJAH – Waris kepada lapan mangsa yang maut dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor menerima bantuan RM80,000 sumbangan daripada kerajaan.

Sumbangan itu telah disampaikan sendiri oleh Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin di Kampung Machap Baru, Alor Gajah Melaka di sini, hari ini.

Shamsul berkata, bantuan itu adalah sumbangan berikan oleh kerajaan seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Disember lalu iaitu sebanyak RM10,000 akan diberikan kepada waris mangsa yang maut dalam tragedi berkenaan.

“Hari ini seperti mana telah dijanjikan oleh kerajaan iaitu bantuan RM10,000 kepada setiap ahli keluarga yang meninggal dunia disampaikan kepada waris mereka.

“Kita harap dengan sumbangan dapat meringankan beban, meskipun kita tahu ini adalah pemergian yang amat menyedihkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan itu di sini, hari ini.

Terdahulu, Shamsul Iskandar hadir menziarahi keluarga Lai Hua Kiong, 53, yang kehilangan anak lelakinya mendiang, Lai Chee Sam, 33, dan menantu, Lai See Tin, 33 serta dua cucu, Giselle Lai Yu Xi, 6 dan Jonas Lai Ze Kai, 2.

Bantuan turut disampaikan kepada keluarga mendiang Yu Siew Pay, 34, yang maut bersama suaminya, Tai Chang Lin, 35 serta dua anak mereka Tai Jing Key, 7, dan Tai Jing Rou, 4 yang merupakan kenalan rapat keluarga Lai.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI