fbpx

PBT digesa teliti garis panduan kawasan riadah- Acryl Sani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

HULU SELANGOR – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) digesa untuk meneliti serta menyemak semula garis panduan aktiviti riadah di lokasi berisiko, termasuk di kawasan cerun dan berhampiran sungai.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, ia bertujuan untuk mengelakkan tragedi tanah runtuh seperti yang berlaku di Jalan Batang Kali-Genting Highlands daripada berulang semula.

“Saya harap PBT dan jabatan-jabatan yang berkaitan membuat beberapa penelitian semula bagi tujuan penambahbaikkan untuk keselamatan bersama,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Sementara itu, berkenaan dengan laluan Batang Kali-Genting Highlands yang dijangka ditutup setahun, Acryl Sani berkata perkara tersebut juga akan dirujuk kepada Jabatan Kerja Raya (JKR).

Jelasnya, JKR dan pihak berkuasa tempatan lebih berhak untuk memberikan sebarang kata putus berkenaan hal tersebut.

“Saya yakin JKR dan pihak terlibat perlu membuat beberapa kajian berkaitan dengan aspek keselamatan sebelum apa-apa keputusan dibuat. Jadi kita tunggu sahaja keputusan mereka,” katanya.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, dalam tempoh setahun, pengguna Jalan Batang Kali-Genting Highlands diminta menggunakan laluan alternatif yang akan dikeluarkan bilik gerakan JKR.

Namun, semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jalan yang tidak terjejas akan diperbesarkan bagi membolehkan kenderaan ringan menggunakan jalan tersebut.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengarah JKR Selangor, Ir. Lokman Nasir sendiri dalam pertemuan bersama Amiruddin Shari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI