fbpx

Scotland lulus undang-undang permudah orang ramai tukar jantina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyokong Rang Undang-undang Pembaharuan Pengiktirafan Jantina (Scotland) mengambil bahagian dalam protes di luar Parlimen Scotland, Edinburgh. - Jane Barlow/PA

EDINBURGH – Parlimen Scotland meluluskan undang-undang yang hangat diperdebatkan pada Khamis lalu bagi memudahkan orang ramai menukar jantina secara sah, lapor laman berita Wion News.

Isu itu menyaksikan ‘pemberontakan’ dalam kalangan ahli Parti Kebangsaan Scotland (SNP) yang memerintah.

Kerajaan Britain juga menyuarakan ‘kebimbangan’ mengenai undang-undang itu. Ia mendapat 86 undi daripada ahli yang menyokong dan 39 lagi menentang.

Menurut undang-undang baharu itu , diagnosis perubatan untuk disforia gender iaitu keresahan seseorang terhadap jantina mereka selepas dilahirkan, sebelum menukar jantina tidak lagi diperlukan.

“Usul itu dipersetujui dan Rang Undang-undang Pembaharuan Pengiktirafan Jantina Scotland diluluskan,” kata pegawai pengundian, Alison Johnstone sambil disambut oleh tepukan gemuruh di galeri awam.

Golongan muda berusia 16 dan 17 tahun kini dibenarkan menukar jantina mereka.

Bagaimanapun, terdapat usaha oleh beberapa wakil rakyat Scotland untuk mengekalkan had  umur layak kepada 18 tahun.

Undang-undang berkenaan mengurangkan tempoh daripada dua tahun kepada tiga bulan untuk peringkat umur tersebut menyesuaikan diri dengan jantina baharu mereka sebelum diiktiraf secara rasmi.

Tempoh refleksi tambahan selama tiga bulan juga diperlukan dan ketika itu, mereka yang mahu menukar telah mula atau sedang mempertimbangkan untuk menukar kembali jantina boleh mengubah fikiran.

Pihak yang menentang bagaimanapun menyuarakan kebimbangan mengenai undang-undang itu kerana akan membahayakan wanita dan kanak-kanak perempuan, terutamanya ketika berada dalam persekitaran satu jantina.

Kerajaan Scotland menegaskan bahawa ia tidak akan memberi kesan kepada Akta Kesaksamaan yang mengecualikan golongan transgender daripada ruang jantina tunggal seperti bilik persalinan dan tempat perlindungan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI