fbpx

PM ucap selamat maju jaya kepada mahasiswa sertai WUDC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan debat negara berlepas ke Madrid, Sepanyol malam tadi.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang akan menyertai Kejohanan Debat Universiti Dunia (WUDC) bermula 27 Disember ini sehingga 4 Januari 2023 di Universidad Rey Juan Carlos, Madrid, Sepanyol.

Anwar dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, beliau mendoakan agar mahasiswa yang terlibat berjaya mengharumkan nama negara di bumi Sepanyol.

“Saya turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka bagi membantu pergerakan dan aktiviti sepanjang berada di Madrid.

“Saya difahamkan anak-anak mahasiswa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM) akan turut mengambil bahagian dalam pertandingan ini,” katanya di sini hari ini.

Katanya, sumbangan kepada mahasiswa yang terlibat itu juga telah diserahkan oleh Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Datuk Seri Fauzi sebelum berlepas semalam.

Terdahulu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim turut mengiringi perlepasan kontinjen UiTM yang bakal menyertai pertandingan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI