fbpx

PBB kecam Taliban larang wanita bekerja dengan NGO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita-wanita Afghanistan dilarang untuk bekerja dengan NGO tempatan dan antarabangsa oleh kerajaan Taliban. - AFP

KABUL – Arahan pemerintah Taliban yang melarang wanita bekerja untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah dikecam oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menyatakan tindakan itu melanggar hak-hak asasi manusia, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) hari ini.

Kumpulan yang menguasai pemerintahan Afghanistan pada tahun lalu itu mewajarkan tindakan tersebut dengan menyatakan kakitangan NGO wanita telah melanggar kod berpakaian dengan tidak memakai tudung.

Arahan itu dibuat beberapa hari selepas pelajar-pelajar perempuan diharamkan daripada belajar di universiti di negara tersebut.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony J. Blinken juga mengkritik larangan bekerja dengan NGO itu dengan menyatakan ia akan memusnahkan rakyat Afghanistan.

Pekerja-pekerja wanita NGO negara itu yang bertindak sebagai pencari nafkah utama dalam rumah tangga masing-masing memberitahu BBC tentang ketakutan dan ketidakberdayaan mereka.

Seorang pekerja itu bertanya: “Jika saya tidak boleh pergi bekerja, siapa yang boleh menyara keluarga saya?” 

Namun, seorang lagi pekerja wanita yang mencari nafkah menggelar berita itu sebagai mengejutkan dan menegaskan dia telah mematuhi peraturan berpakaian seperti arahan Taliban.

Seorang lagi pekerja wanita berkata, dia kini akan bergelut untuk membayar bil dan memberi makan kepada anak-anaknya.

“Dunia memerhati kami dan tidak melakukan apa-apa,” kata seorang lagi wanita yang ditemu bual yang mana BBC tidak mendedahkan nama-nama wanita itu untuk melindungi mereka.

Arahan yang dikeluarkan pada Sabtu lalu dibuat menerusi surat daripada Kementerian Ekonomi kepada NGO tempatan dan antarabangsa dengan mengancam untuk membatalkan lesen mana-mana organisasi yang tidak mematuhinya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI