fbpx

Manjanya Nabila, Aedy berkejaran di pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS adegan romantik bersama MK K-Clique menerusi video muzik Aku Terluka dicemburui ramai, kini Nabila Razali mencetuskan rasa geram peminat apabila bermesra-mesraan pula dengan Aedy Ashraf.

WAH! Bukan main mesra lagi berlari-lari di tepi pantai sambil berpegangan tangan! Gara-gara adegan romantik tersebut, ramai peminat Nabila Razali dan Aedy Ashraf kecewa dan makan hati!

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Nabila dalam TikTok, kelihatan mereka sedang bergurau senda, sambil berlari-lari di gigi pantai.

Dalam salah satu adegan, ketika Aedy sedang mengejar Nabila, tiba-tiba pelakon berwajah tampan itu memegang tangan Nabila atau mesra disapa Bella.

Reaksi Bella yang membiarkan tangannya dipegang Aedy begitu sahaja mendapat reaksi kurang menyenangkan peminat sehingga ada yang menuduhnya sebagai ‘kaki sapu’.

Mana tidaknya, selepas heboh dikaitkan dengan MK K-Clique, kali ini dengan Aedy pula.

Difahamkan kedua-dua mereka bakal bergandingan dalam sebuah drama bertajuk Kerana Cinta Itu Ada yang akan ditayangkan pada 28 Disember ini menerusi slot Akasia TV3.

Dalam ruangan komen, Bella mendapat pelbagai reaksi daripada peminat. Ada yang suka dan ada juga sebaliknya.

“Kau memanglah Nab (panggilan Nabila). MK kau sapu, Aedy pun kau nak sapu,” kata seorang peminatnya.

“Aku pening. Kejap MK, kejap Aedy. Stres aku,” kata seorang lagi peminat.

“Suka-suka hati pegang tangan,” tegur pula seorang netizen.

Diva hanya mampu tersenyum. Netizen kalau cemburu cakap jelah!

DIVA: Semoga Zulin Aziz tabah atas keguguran cahaya mata sulung yang dilaluinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI