fbpx

Lokasi mangsa terakhir kerap dilalui pasukan SAR, mungkin ‘terlindung’ – Bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat membawa keluar mayat terakhir yang djumpai selepas sembilan hari operasi mencari mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm semalam. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

HULU SELANGOR – Penemuan mangsa terakhir agak ‘misteri’ buat pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, di sini, semalam.

Hal ini diakui Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor yang menyatakan kawasan penemuan tersebut sudah dilalui berkali-kali oleh pasukan SAR.

Katanya, perasaan gusar dan hampir putus asa menyelubungi pasukannya jika memasuki hari kedua tanpa penemuan mangsa terakhir.

“Tempat penemuan mangsa terakhir sudah dilalui berkali-kali pasukan SAR setiap hari, termasuk Unit Anjing Pengesan (K9), mungkin terlindung, tidak sedar atau juga ‘sesuatu yang kita tak dapat dibaca’.

“Bukan saya sahaja, pasukan saya juga mula putus asa sebenarnya jika tidak dapat menemui mangsa hari ini (semalam), kita hanya mampu berserah selepas seharian tidak menemui mangsa,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Dalam pada itu, menurut Hafisham, lokasi mayat mangsa dijumpai hanya sekitar 200 hingga 300 meter sahaja dengan tempat mayat bapa serta kakaknya yang dijumpai pada hari pertama kejadian.

“Mayat dua ahli keluarga mangsa yang dijumpai pada hari pertama berada sangat dekat antara satu sama lain, disebabkan itu kita fokuskan Sektor A.

“Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) juga mengesahkan bahawa kita sudah melakukan lebih 80 peratus pengorekan tanah di tapak perkhemahan ini, jadi perasaan jika tidak menemui mangsa sangat membimbangkan” katanya.

Semalam, Kosmo! melaporkan penemuan aliran cecair di tebing disyaki cecair mayat oleh pegawai kanan bomba yang menjalankan kerja SAR di sektor A berjaya menemui mangsa terakhir tragedi tanah runtuh tersebut di dalam beg tidur.

Identiti mangsa terakhir merupakan Eng Shao Qi, 11 tahun yang juga merupakan pelajar di Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) Mun Choong.

Kanak-kanak tersebut hadir ke tapak perkhemahan itu bersama bapanya, Eng Choon Wen dan kakaknya Eng Huai Yi, 12 untuk berkelah. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI