fbpx

Kesihatan merosot, ahli keluarga Pele berkumpul di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesihatan Pele semakin merosot menyebabkan ahli keluarganya berkumpul di Hospital Albert Einstein, Sao Paulo sejak Sabtu lalu. - Twitter

SAO PAULO – Ahli keluarga legenda bola sepak Brazil, Pele berkumpul di Hospital Albert Einstein, Sao Paulo yang mana ikon global berusia 82 tahun itu dirawat sejak akhir November lalu kerana kanser, lapor akhbar New York Post semalam.

Pada awal minggu ini, doktor berkata bahawa kanser bekas pemain bola sepak yang pernah merangkul Piala Dunia sebanyak tiga kali untuk Brazil itu telah merebak dan berada di bawah penjagaan rapi disebabkan masalah disfungsi buah pinggang serta jantungnya.

Tiada kenyataan hospital lain telah dikeluarkan untuk pengetahuan umum sejak itu.

Edson Cholbi Nascimento iaitu salah seorang anak lelaki Pele dan dikenali sebagai Edinho tiba pada Sabtu lalu selepas memberitahu pada satu sidang akhbar bagi menafikan bahawa dia akan melawat bapanya di hospital. 

Edinho yang bekerja untuk sebuah kelab bola sepak di selatan Brazil, berkata ketika itu hanya doktor yang boleh membantu bapanya.

Dalam pada itu, seorang lagi anak perempuan Pele, Kely Nascimento menulis catatan dalam Instagram: “Dia (Edinho) ada di sini. Saya tidak akan pergi, tiada siapa yang akan membawa saya keluar dari sini,”

Tumor kolon Pele berjaya dibuang pada September 2021 tetapi keluarganya mahupun pihak hospital tidak menyatakan sama ada ia telah merebak ke organ-organ lain.

Setelah memenangi Piala Dunia pada tahun 1958, 1962 dan 1970, Pele menjaringkan sebanyak 77 gol dalam 92 penampilannya bersama Brazil serta menjaringkan lebih 1,279 gol dalam 1,363 perlawanan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI