fbpx

Guardiola berang Philips jadi ‘gemuk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PHILIPS dilihat naik berat badan mendadak selepas pulang daripada tugas antarabangsa bersama skuad England pada Piala Dunia Qatar 2022 baru-baru ini. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola me­ngakui berang selepas melihat berat badan pemain tengah, Kalvin Phillips naik mendadak selepas pulang daripada tugas antarabangsa bersama skuad England pada kempen Piala Dunia 2022 baru-baru ini.

Sebagai rekod, Phillips masih lagi menjadi pilihan pengendali Three Lions, Gareth Southgate untuk dibawa ke Qatar meskipun hanya beraksi 94 minit dalam saingan kompetitif bersama The Citizens susulan dihimpit kece­deraan.

Guardiola mengesahkan per­kara tersebut ketika mengulas mengenai punca ketiadaan Philipps ketika aksi pusingan keempat Piala Liga Inggeris (EFL) sewaktu menewaskan Liverpool 3-2 kelmarin.

“Phillips tidak mengalami kecederaan. Namun, dia telah melaporkan diri bersama pasukan dalam keadaaan fizikal yang sedikit berisi dan kami tidak tahu kenapa.

“Justeru, dia masih lagi belum bersedia untuk diturunkan pada aksi domestik ketika ini dan perlu berlatih berasingan,” kata pe­ngendali import dari Sepanyol itu.

Sementara itu, Guardiola mengakui Phillips yang berhijrah daripada kelab Leeds United dengan nilai perpindahan sebanyak £42 juta (RM223.9 juta) pada Julai lepas masih lagi boleh menjadi watak penting buat pasukan musim ini.

“Sudah pasti saya perlukan khidmatnya kerana kami mahu semua pemain cergas sepenuh­nya untuk mengharungi jadual padat ketika ini.

Saya juga sudah berbincang dengannya secara peribadi dan kini saya harap dia dapat segera membantu pasukan,” katanya.

City yang menang ke atas Li­verpool pada Piala Liga kelmarin akan bertemu Leeds apabila aksi Liga Perdana Inggeris bersambung minggu depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI