fbpx

China catat 250 juta kes Covid dalam tempoh 20 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
China mengalami kebanjiran pesakit Covid-19 sejak dasar sifar koronavirus ditarik balik pada bulan lalu. - Foto AFP

BEIJING – Sehingga 250 juta orang dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 20 hari pertama pada bulan ini di China, demikian menurut anggaran rasmi ketika kekalutan tentang peningkatan kes koronavirus berterusan, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China percaya bahawa sebanyak 18 peratus penduduk telah dijangkiti selepas Beijing membuat pusingan U dengan memansuhkan dasar sifar Covid-19 yang kontroversi bulan lalu.

Hospital-hospital dibanjiri pesakit, manakala bilik-bilik mayat juga dipenuhi pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19. Angka rasmi pemerintah China menunjukkan kes menurun, namun ia dipercayai berpunca daripada penurunan ujian saringan berbanding sebelum ini.

Pakar-pakar memberitahu MailOnline bahawa situasi di negara tersebut boleh menyebabkan seluruh dunia kembali ke tahap pertama dalam memerangi Covid-19.

Imuniti rendah yang berpunca daripada kadar vaksinasi tidak meluas dan kekurangan jangkitan sebelum ini akibat dasar sifar Covid, menjadi pendorong kepada gelombang Covid-19 di China pada masa ini.

Sehingga sejuta orang dibimbangi berisiko meninggal dunia akibat virus itu dalam tempoh beberapa bulan akan datang, demikian menurut satu unjuran yang mengejutkan.

Timbalan Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (CDC), Sun Yang mendedahkan angka terkini itu semasa taklimat kesihatan Rabu lalu, lapor akhbar Financial Times.

Angka itu termasuk 37 juta orang yang dijangkiti Selasa lalu sahaja yang menyumbang kira-kira 2.6 peratus daripada penduduk China. Yang berkata, Covid-19 kini merebak pada kadar yang lebih cepat.

Kira-kira separuh daripada penduduk di bandar raya Beijing dan Sichuan telah pun dijangkiti, kata sumber pula. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI