fbpx

3 maut dalam amukan pelampau kulit putih di Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota keselamatan Perancis mengawal jalan selepas beberapa das tembakan dilepaskan di jalan rue d'Enghien di Paris kelmarin. - AFP

PARIS – Seorang lelaki bersenjata berusia 69 tahun melepaskan tembakan di pusat kebudayaan komuniti Kurdis dan sebuah salun rambut di Paris kelmarin dalam serangan yang membunuh tiga orang dan menyebabkan tiga lagi cedera.

Tembakan yang dilepaskan sejurus sebelum pukul 11 pagi (waktu tempatan) itu menyebabkan situasi panik di jalan rue d’Enghien, Paris. Kawasan itu menempatkan banyak kedai dan restoran serta menjadi tempat tinggal komuniti Kurdis.

Seorang saksi berkata, lelaki Perancis kulit putih yang mempunyai sejarah keganasan perkauman itu pada awalnya menyasarkan pusat kebudayaan Kurdis sebelum memasuki sebuah salun di mana dia ditangkap.

Daripada tiga mangsa yang cedera, seorang sedang menerima rawatan rapi di hospital, manakala dua lagi dirawat akibat kecederaan serius, kata seorang pegawai tempatan.

Pusat komuniti Kurdis yang dinamakan Center Ahmet Kaya itu digunakan oleh sebuah badan amal untuk menganjurkan konsert dan pameran, selain membantu diaspora Kurdis di Paris.

Beberapa jam selepas serangan berlaku, penunjuk perasaan Kurdis bertempur dengan polis yang menggunakan gas pemedih mata dalam cubaan untuk menyuraikan mereka ketika Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin tiba di tempat kejadian.

Penunjuk perasaan melempar objek ke arah polis sambil menyuarakan kemarahan atas serangan yang mereka lihat sebagai disengajakan. Mereka juga mendakwa bahawa pasukan keselamatan Perancis tidak bersungguh-sungguh menghalang kejadian itu.

Penembak yang dinamakan sebagai William M. oleh media Perancis, merupakan seorang peminat senjata api dengan sejarah kesalahan senjata. Dia dibebaskan dengan ikat jamin awal bulan ini.

William pernah disabitkan dengan keganasan bersenjata pada 2016 oleh mahkamah di pinggir bandar Seine-Saint-Denis tetapi membuat rayuan. Setahun kemudian, dia didapati bersalah kerana memiliki senjata api secara haram.

Pada tahun lalu, dia didakwa kerana melakukan keganasan bermotifkan perkauman selepas menikam pendatang asing dan menetak khemah mereka dengan pedang di sebuah taman di timur Paris. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI