fbpx

252 ‘planter box’ bernilai RM252,000 dicuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar suspek dan barangan yang dirampas selepas kedua-duanya diberkas pihak berkuasa.

PETALING JAYA – Dua individu ditahan polis setelah seorang wanita tampil membuat laporan berhubung kecurian sebanyak 252 ‘planter box’ (kotak tanaman) dianggarkan bernilai RM252,000, pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian sekitar pukul 12.06 tengah hari.

“Siasatan telah dijalankan dan kami mendapati barang yang hilang adalah kotak besi untuk menanam pokok bunga bagi menghiasi kawasan tersebut.

“Hasil siasatan mendapati dua lelaki warga tempatan dipercayai terlibat dalam kes berkenaan dan suspek berjaya dikenal pasti sebelum tangkapan dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, dua suspek berusia 32 dan 41 tahun berkenaan ditangkap di dua lokasi berasingan sekitar daerah Petaling Jaya pada pukul 7.02 malam serta pukul 10.05 malam.

“Suspek direman selama empat hari bermula semalam hingga Selasa bagi siasatan lanjut.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana mencuri harta dalam milikan tuannya,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI