fbpx

230 peserta meriahkan Kem Kesenian Kanak-kanak Kebangsaan 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Rustam hadir menyampaikan hadiah dan cenderamata kepada pemenang pada Majlis Apresiasi Kem Kesenian Kanak-kanak Kebangsaan 2022 semalam.

PETALING JAYA – Kira-kira 230 orang peserta memeriahkan Kem Kesenian Kanak-kanak Kebangsaan 2022 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Program yang diadakan sejak 19 Disember lalu bertempat di JKKN Melaka telah melabuhkan tirainya semalam.

Ketua Pengarah JKKN, Mesran Mohd Yusop berkata, objektif penganjuran program tersebut adalah untuk menghimpunkan remaja berbakat dalam bidang tari, teater, muzik dan gasing di bawah program bimbingan seni dudaya seliaan JKKN setiap negeri.

Jelas beliau, peserta terdiri daripada kanak-kanak dan remaja berusia lingkungan 10 hingga 17 tahun.

“Konsep kem ini berbentuk latihan, ceramah, aktiviti komuniti dan majlis apresiasi bertujuan memberi pendedahan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dengan bidang seni yang mereka ceburi.

“Pada masa sama, peserta juga berpeluang berkongsi ilmu seni dengan tokoh dan penggiat seni,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mesran berkata, penganjuran aktiviti seperti itu juga dapat melahirkan pelapis seni budaya bagi pemuliharaan seni budaya negara.

Sekali gus katanya, secara tidak langsung ia menyemarakkan industri seni budaya agar terus berkembang dan berdaya saing,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI