fbpx

130 kediaman hangus dalam kebakaran besar di Chile

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandangan dari udara memaparkan beberapa rumah musnah akibat kebakaran hutan yang menjejaskan bukit Vina del Mar, di wilayah Valparaiso, Chile kelmarin. - AFP

SANTIAGO, Chile – Anggota-anggota bomba Chile bertungkus-lumus memadamkan kebakaran besar yang memusnahkan ratusan kediaman di tepi sebuah pantai yang turut menyebabkan dua orang terbunuh.

Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya 130 rumah musnah dalam kebakaran di bandar Vina del Mar, barat laut Santiago.

“Kami hilang segala-galanya termasuk dokumen dan kenderaan,” kata seorang penduduk, Oscar Gonzalez sambil menambah, perkara yang paling menyakitkan adalah kehilangan anjingnya.

Presiden Chile, Gabriel Boric tiba di bandar tersebut petang kelmarin untuk mempengerusikan satu mesyuarat tergempar dan melawat kawasan yang terjejas.

“Mereka perlu yakin bahawa kami tidak akan mengabaikan mereka,” kata Boric sambil menekankan keperluan untuk menggandakan usaha pencegahan kebakaran pada permulaan musim panas di Hemisfera Selatan yang sangat kering.

“Di negara ini, kita berdiri di atas setong serbuk peluru (sangat berbahaya). Apa yang berlaku di Vina del Mar boleh berlaku di tempat lain,” tambahnya.

 

Anggota bomba memadamkan kebakaran hutan yang menjejaskan bukit Vina del Mar. — AFP

Kemusnahan yang ditinggalkan akibat kebakaran kelihatan pada siang hari yang turut memusnahkan kawasan hutan berdekatan.

Pembantu Menteri Dalam Negeri, Manuel Monsalve berkata, cuaca yang lebih baik sepatutnya membantu anggota bomba mengawal kebakaran menjelang petang kelmarin.

Datuk Bandar Vina del Mar, Macarena Ripamonti berkata, bilangan rumah yang musnah di kawasan itu mungkin lebih tinggi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI