fbpx

105 rumah roboh akibat air pasang besar di Sandakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kawasan yang dilanda ombak besar sekitar Sandakan malam tadi. -Foto: Ihsan Bomba-

SANDAKAN – Lebih 200 mangsa dilaporkan terjejas ekoran 105  buah rumah roboh dipukul ombak ketika fenomena air pasang besar yang berlaku di Kampung Forest dan Kampung Tinusa Dua di sini semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, fenomena tersebut berlaku sekitar pukul 10 malam dan kesemua mangsa kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kebangsaan (SMK) Sungai Anib Dua.

“Dianggarkan 100 rumah roboh di Kampung Forest manakala sebanyak 500 rumah lain pula terancam dalam kejadian sama. Selain itu, lima rumah turut roboh di Kampung Tinusa Dua dan 20 lagi dilaporkan terancam.

“”Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian terbabit. Pemantauan masih dijalankan oleh anggota bomba di Kampung Forest,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah jurucakap itu, paras air sudah mulai surut di Kampung Tinusa Dua dan penghuni kembali semula ke rumah masing-masing kira-kira pukul 1.45 pagi tadi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI