fbpx

1,000 pengunjung kecewa tidak dapat naik Bukit Bendera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN pengunjung di stesen bawah, Jalan Bukit Bendera di sini petang tadi.

GEORGE TOWN – Kira-kira hampir 1,000 pengunjung hampa apabila hasrat mereka untuk menikmati cuti sempena perayaan Krismas di puncak Bukit Bendera di sini terkubur setelah perkhidmatan kereta api furnikular dilaporkan mengalami kerosakan petang tadi.

Suasana di pekarangan stesen bawah itu ketika ini dikatakan bertukar kecoh apabila ada dalam kalangan pengunjung yang tiba seawal pukul 12 tengah hari tadi mula meluahkan kekecewaan berikutan tempoh menunggu diambil hampir lima jam sehingga pukul 5.15 petang tadi.

Seorang pengunjung dari Selangor, Yahaya Ahmad, 40, berkata, mereka sepatutnya dijadualkan menaiki kereta api mengikut nombor giliran kira-kira pukul 3.40 petang tadi.

Menurutnya, bagaimanapun, sehingga ke pukul 5.30 petang tadi masih tidak berpeluang selain terpaksa berdepan kesesakan dengan ramai pengunjung di stesen bawah, Jalan Air Itam.

“Ini merupakan pertama kali saya bawa keluarga berkunjung ke lokasi ikon pelancongan Pulau Mutiara (Bukit Bendera) namun amat kesal apabila tiada langsung kakitangan yang memaklumkan mengenai perkara berlaku.

“Sepatutnya mereka memaklumkan terlebih dahulu kepada kami. Ini kami pula yang kena bertanyakan kepada mereka dan barulah dimaklumkan yang kereta api mengalami kerosakan kira-kira pukul 4.15 tadi.

“Ketika ini, ramai pengunjung tempatan termasuk luar negara mahu kembalikan semula tiket,” katanya kepada Kosmo!

Sementara itu, seorang lagi pengunjung dari Johor, Aishah Abdullah, 42, berkata, dia kesal dengan kejadian yang berlaku sehingga menyebabkan ramai pengunjung pulang dalam keadaan hampa.

“Kami bukan datang seorang tetapi berkeluarga termasuk bawa anak-anak kecil. Tidak kisah tunggu dari pukul 1 tengah hari tetapi sepatutnya kakitangan di sini maklumlah apa yang berlaku, tidak perlu kami tunggu sampai sekarang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI